Tuesday, July 28, 2009

PROFAIL KRT LAY OUT TOK SABOH

SEJARAH PENUBUHAN

Keputusan untuk mewujudkan Kawasan Rukun Tetangga ini telah dibuat dan dipersetujui dalam Majlis Perjumpaan dengan Penduduk Setempat pada 18 Mac 2007, jam 9.00 malam di Surau Al-Muhtadin Kg. Lay Out Tok Saboh yang juga dihadiri oleh Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Besut. Permohonan rasmi pertama telah dihantar pada 1 April 2007. Selepas mendapat kepastian tentang kegagalan permohonan pertama maka permohonan susulan bagi kali kedua dengan penambahbaikan seperti yang telah dinasihatkan oleh Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Besut telah dihantar secara rasmi pada 22 Februari 2009.

Akhirnya impian menjadi kenyataan apabila notis penetapan KRT Lay Out Tok Saboh diterima pada 30 April 2009 daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Besut bertarikh 28 April 2009 dengan butiran seperti berikut: Nama KRT: KRT LAY OUT TOK SABOH, DAERAH BESUT, TERENGGANU. No. Notis Penetapan: RT11014350 dan Tarikh Mula: 16 April 2009. Pengasasnya ialah Encik Rashid bin Jusoh. Beliau merupakan pengerusi JKKK Kg. Lay Out Tok Saboh sejak 1 Februari 2005 dan juga merupakan AJK UMNO Bahagian Besut.

Selaku Nakhoda pencetus dan pemangkin kesejahteraan penduduk beliau menggariskan Teras Utama Penubuhan KRT Lay Out Tok Saboh Bukan sekadar sekadar membuat rondaanmalam sahaja bahkan ianya menjadi satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO ) yang memangkin sikap kejiranan masyarakat setempat yang berbilang demi perpaduan, keharmonian, kesejahteraan dan sikap tolong menolong diantara satu dengan yang lain. KRT Lay Out Tok Saboh diharapkan akan mencipta pelbagai kejayaan dan menjadi kebanggaan masyarakat setempat khasnya dan negara tercinta amnya.

SKIM RONDAAN SUKARELA

Skim Rondaan Sukarela dilaksanakan bagi memberi peluang kepada anggota komuniti membantu pihak berkuasa membendung kegiatan jenayah dan gejala sosial dikawasan perumahan mereka bagi menjaga keselamatan dan kesejahteraan penduduk setempat. Sehinggga kini terdapat sebanyak 467 Skim Rondaan Sukarela ditubuhkan di seluruh negara. Skim ini dilaksanakan di kawasan Rukun Tetangga berdasarkan permohonan sekurang-kurangnya 20 orang penduduk. Berdasarkan pemantauan Jabatan dan laporan-laporan yang diterima pelaksanaan skim ini berjaya membantu mengurangkan kegiatan yang boleh mengancam keselamatan di kawasan yang melaksanakan skim berkenaan.(Maklumat diadaptasi dari laman web JPN)

KUASA PEMASTAUTIN SUKARELAWAN
Pemastautin sukarelawan semasa menjalankan rondaan adalah mempunyai kuasa seperti Pegawai Polis berpangkat mata-mata. Walau bagaimanapun kuasa tersebut adalah tertakluk kepada arahan dan kawalan Pengarah Rukun Tetangga yang boleh dinyatakan secara lisan atau bertulis.

RASIONAL SRS
1. Pengawasan keamanan adalah merupakan salah satu peranan yang penting bagi menjamin kesejahteraan kawasan setempat. Lazimnya, ancaman terhadap keselamatan dan keamanan adalah bercorak sementara dan tidak meliputi seluruh Kawasan/Sektor Rukun Tetangga.
2. Oleh yang demikian Skim Rondaan Sukarela adalah disyorkan di Kawasan/Sektor Rukun Tetangga sebagai langkah sementara untuk mengawasi situasi tersebut sehingga keselamatan dan keamanan dipulih semula

TAFSIRAN
1. Skim Rondaan Sukarela bermaksud satu skim yang dipohon sendiri oleh pemaustatin dan apabila diluluskan akan dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Skim dengan kerjasama pemaustatin sukarelawan dalam sesuatu Kawasan/Sektor Rukun Tetangga yang berkenaan.
2. Jawatankuasa Skim bermaksud Jawatankuasa Kawasan/Sektor Rukun Tetangga yang mengendalikan Skim Rondaan Sukarela dalam Kawasan/Sektor Rukun Tetangga yang berkenaan.
3. Pemaustatin Sukarelawan bermaksud seseorang yang telah membuat permohonan melalui Borang Enam dan Tujuh untuk menyertai Skim tersebut.

No comments:

Post a Comment