PARLIMEN : P033 BESUT
DUN : N001 KUALA BESUT
MUKIM : N001 KUALA BESUT
JKKK : BEKB 0038 KG. LAY OUT TOK SABOH
Kampung Lay Out Tok Saboh berada dalam Parlimen Besut, DUN Kuala Besut dan Mukim Kuala Besut. Kampung yang bersempadan dengan Kampung Lay Out Tok Saboh ialah Kampung Beris Lampu, Kampung Alor Jejawi dan Kampung Tok Saboh. Pekan yang berhampiran ialah Pekan Kuala Besut yang jaraknya lebih kurang 5 kilometer dari kampung ini. Pekan Kuala Besut merupakan pekan yang menjana ekonomi penduduk sekitar yang kebanyakannya nelayan, peniaga dan pengusaha pelancongan. Bandar pentadbiran terdekat ialah Kampung Raja yang jaraknya lebih kurang 7 kilometer dari kampung ini dan bandar Jerteh yang jaraknya lebih kurang 15 kilometer dari kampung ini. Jarak kampung ini dengan Kuala Terengganu iaitu ibu negeri Terengganu ialah lebih kurang 120 kilometer. Kampung Lay Out Tok Saboh juga adalah antara kampung yang paling hampir bersempadan dengan negeri Kelantan.
Tuesday, July 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment