Sukan berkuda anjuran KRT Lay Out Tok Saboh
KUALA BESUT – Pemilik dan peminat kuda dijemput menyertai kejohanan lumba kuda sempena Pesta Sukan Berkuda anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Lay Out Tok Saboh, 15 Ogos ini. :Pengerusinya, Rashid Jusoh berkata, penyertaan masih dibuka kepada orang ramai yang berminat. Program dijangka bermula jam 8 pagi. Menurut Rashid, tiga kategori kuda iaitu A, B dan C sahaja yang layak bertanding pada kejohanan itu. Sementara itu, pertandingan akan diadakan sebanyak tiga pusingan iaitu secara saringan separuh akhir dan akhir. “Tarikh tutup :penyertaan pada 15 Ogos ini dan orang ramai diminta segera mendaftar bagi mengelakkan sebarang masalah. Yuran penyertaan akan dikenakan ke atas semua peserta iaitu RM25 untuk kuda A, RM20 untuk kuda B dan bayaran RM15 pula untuk kuda C. Menurutnya, orang ramai turut dijemput menyaksikan pertandingan yang julung kali diadakan di daerah ini dan ia dijangka akan mendapat sambutan hangat peminat kuda. Selain itu, sebanyak 50 ekor kuda daripada pelbagai spesies akan beraksi pada kejohanan itu nanti. Sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan Rashid (Rashid Beras) menerusi talian 019 -985 3384 atau Abdul Rashid Che Ismail (Nasir Nocil) menerusi talian 019 - 978 2258.
Wednesday, August 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment